PT Petronas hendak belanja RM200 juta
PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) mahu membelanjakan RM200 juta di bawah anak syarikatnya, PT Petronas Niaga Indonesia bagi membuka stesyen minyak di seluruh Indonesia untuk lima atau enam tahun ke hadapan.
Pengarah presiden PT Petronas Niaga, Kamarulzaman M. Hashim dilaporkan memberikan kenyataan itu ketika perasmian stesyen minyak pertama Petronas di Cibubur [foto sebelah] dalam wilayah Banten, Jakarta Barat, 9 Mac lalu.
Dalam tahun ini sahaja, syarikat itu merancang untuk membuka 22 cawangan stesyen minyaknya dan sehingga tahun 2011 pula menyasarkan dapat membuka sehingga 200 buah stesyen-stesyen baru.
Selain itu, sebuah lagi syarikat luar yang sedang merancang untuk masuk ke dalam pasaran domestik negara jiran itu ialah Royal Dutch Shell dari Belanda apabila pemerintah Indonesia membuka laluan dagangan yang lebih liberal sejak lima tahun lalu. Sebelum itu, pasaran minyak kenderaan di pasaran Indonesia dikuasa oleh syarikat milik negara, PT Pertamina.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyasarkan perkembangan ekonomi negara itu mencecah sehingga 6 hingga 7 peratus.
Sementara itu, dalam satu laporan berasingan oleh Reuters pula menyatakan bahawa Petronas juga bersedia untuk bekerjasama dengan Pertamina dalam bidang perniagaan berkaitan.
“Bersama Pertamina, kita boleh berkerjasama dalam banyak perkara. Harapannya juga untuk memproses (dan membangunkan) kilang penapis,” kata naib presiden Petronas, Anuar Ahmad [foto sebelah] sepertimana dipetik Reuters lagi. Beliau berada di negara itu bagi menyaksikan pembukaan stesyen minyak tersebut. Namun, setakat ini masih tidak ada perundingan rasmi di antara kedua pihak.
Sementara itu, pengarah urusan Pertamina, Surosa Atmomartoyo juga dilaporkan bahawa syarikatnya sedang mencari rakan niaga untuk membangunkan sebuah kilang penapis minyak yang baru di Timur Jawa dalam sebuah kawasan seluas 150 ribu hektar. —Indra Khadir [Sariberita]
[foto: AP]
[kembali ke halaman utama]
Pengarah presiden PT Petronas Niaga, Kamarulzaman M. Hashim dilaporkan memberikan kenyataan itu ketika perasmian stesyen minyak pertama Petronas di Cibubur [foto sebelah] dalam wilayah Banten, Jakarta Barat, 9 Mac lalu.Dalam tahun ini sahaja, syarikat itu merancang untuk membuka 22 cawangan stesyen minyaknya dan sehingga tahun 2011 pula menyasarkan dapat membuka sehingga 200 buah stesyen-stesyen baru.
Selain itu, sebuah lagi syarikat luar yang sedang merancang untuk masuk ke dalam pasaran domestik negara jiran itu ialah Royal Dutch Shell dari Belanda apabila pemerintah Indonesia membuka laluan dagangan yang lebih liberal sejak lima tahun lalu. Sebelum itu, pasaran minyak kenderaan di pasaran Indonesia dikuasa oleh syarikat milik negara, PT Pertamina.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyasarkan perkembangan ekonomi negara itu mencecah sehingga 6 hingga 7 peratus.
Sementara itu, dalam satu laporan berasingan oleh Reuters pula menyatakan bahawa Petronas juga bersedia untuk bekerjasama dengan Pertamina dalam bidang perniagaan berkaitan.
“Bersama Pertamina, kita boleh berkerjasama dalam banyak perkara. Harapannya juga untuk memproses (dan membangunkan) kilang penapis,” kata naib presiden Petronas, Anuar Ahmad [foto sebelah] sepertimana dipetik Reuters lagi. Beliau berada di negara itu bagi menyaksikan pembukaan stesyen minyak tersebut. Namun, setakat ini masih tidak ada perundingan rasmi di antara kedua pihak.Sementara itu, pengarah urusan Pertamina, Surosa Atmomartoyo juga dilaporkan bahawa syarikatnya sedang mencari rakan niaga untuk membangunkan sebuah kilang penapis minyak yang baru di Timur Jawa dalam sebuah kawasan seluas 150 ribu hektar. —Indra Khadir [Sariberita]
[foto: AP]
[kembali ke halaman utama]
